Ucapkanlah – Erra Fazira dan Yusry KRU

Kadangkala ku rasa ingin segala-galanya

Rahsia yang tersimpan di dada lama

Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu

Ucapkanlah cinta
Ucapkanku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu

Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku cintamu

Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku ku cintakan mu

Andai daku kau terima lebih dari teman biasa
Daku kan setia
Tak ku benarkan kau berair mata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belai tanganmu
Di penghujung waktu kau dan aku di dunia